Pengikut2 KaMi

Jumaat, 7 Oktober 2011

Cara-cara Mencergaskan Tubuh Badan

                      Kebanyakan daripada kita kurang mengeluarkan peluh ketika bekerja atau pada waktu lapang. Lazimnya, kita memandu kereta atau menaiki bas untuk pergi dan balik ke tempat kerja dan menonton television bagi mengisi masa lapang di rumah daripada melakukan sesuatu yang memerlukan fizikal aktif. Bukti daripada kebanyakan penyelidikan menunjukkan aktiviti kecergasan bertahap rendah hingga sederhana boleh memberi manfaat jangka masa panjang untuk mereka yang berusia 40 TAHUN KE ATAS. Oleh itu, untuk memastikan tubuh sentiasa cergas, kita perlu bergerak ketika melakukan sesuatu supaya otot  badan berfungsi. Jika dilakukan setiap hari, banyak manfaat boleh diperoleh seperti membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan pelbagai penyakit yang dicetuskan oleh gaya hidup moden.

                       Senaman yang lebih bertenaga boleh membantu menyihatkan tubuh kita, sekali gus memulihkan kesihatan jantung dan paru-paru, lantas memberi manfaat yang konsisten untuk mengurangkan risiko penyakit lemah jantung.


                         Oleh itu rajin-rajinlah bersenam ......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan